Alhamdulilah, saya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan bagi saya dalam peperiksaan UPSR(kenalah buat ayat sket....nanti kalau beritahu terus, orang kata menunjuk plak...) iaitu 5A. Semua tu rezeki daripadaNYA.
Mula-mula takut jugak sebab kertas math tak sempat nak kira sampai habis. Huishhhh......takut kot... pengawas yang jaga tu kata masa menjawab tinggal lagi 20 ke 15 minit camtu,saya baru jawab soalan 20 lebih.nak kira kat kertas pun tulisan jadi macam robot sebab tangan menggeletar. Bukan tangan saja, habis satu badan menggeletar. banyak jugak soalan yang tak sempat jawab. pastu hentam je lah. Jawab ikut kata hati je. nasib baik hitamkan jugak jawapan, kalau tak, langsung tak dapat markah.
Lepas keluar dewan periksa rasa takut gila. Dalam hati asyik cakap "aduh, camne ni...6 tahun belajar. Kalau tak dapat 5A camne ni...". Rasa macam nak nangis pon ada jugak. Tanya kat kawan-kawan, ramai jugak kata yang diorang pon banyak hentam. Legalah sikit hati...
Beberapa minggu lepas tu, dah tenang, mula terfikir " pasrah je lah kat keputusan UPSR. Aku dah cuba yang terbaik. Sekurang-kurangnya, aku dah berusaha."(Amboiii ayatttt....bukan main...jangan percaya dengan kata-kata tadi kerana ayat tersebut telah di'edit' oleh tuan blog ini.) Hoho...
Sehari sebelum keputusan keluar, saya tak rasa apa pun...sebab malas nak fikir,buat apa. buat rasa takut je....
Beberapa jam sebelum dapat keputusan, mula rasa takut. Sampai kat sekolah sempat lagi diorang(kawan-kawan perempuan saya) berselfie. Diorang ni tak rasa apa ke? mentang-mentang handphone canggih, asyik selfie je...Keputusan nak keluar nanti kot..takkan tak rasa apa-apa kot..
Masa nak dapat keputusan, guru kelas saya panggil nama sorang-sorang datang kat depan ambik keputusan. Tiba-tiba teacher sains saya datang kat saya salam dan kata tahniah. Otak saya jadi kosong jap. "Betul ke ni?" saya cakap dalam hati. Akhirnya.....guru kelas saya pun panggil nama saya kat depan. saya pun pergilah ambik keputusannn....
WWWWAAAAAAUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MMacam tak percaya. Saya dapat 5A. saya rasa gembira sangat.Saya berterima kasih kepada semua guru saya kerana mengajar saya. Tak kisahlah mengajar sekejap ke, lama ke, asal nama mengajar.Dan saya berharap saya dapat menghiburkan hati anda semua (apa kena mengena?Minah ni la...)
p/s: ini adalah cerita benar yang biasa tetapi telah dikarang menjadi cerita lebih bosan dari cerita asal. Jangan marah aeee.....
sekian, babai
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment