Tuesday, December 30, 2014

BERCUTI KE KE USS (UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE)

Assalamualaikum~

Beberapa hari yang lepas, saya ngan family pergi johor sebab ada kenduri kahwin. Dah alang-alang pergi johor, ambik la kesempatan pergi singapore. Dah alang-alang pergi singapore, ambik la kesempatan pergi USS.
Almaklumlah, bukan selalu boleh pergi bercuti. Sebab mak kerja.

Jadi ingat nak kongsilah sikit pengalaman pergi sana. Check it out.

Alamak. Lupa letak gambar la pulak. Nantilah kita sambung lain.

Babai♡
Assalamuaalaikum~



Monday, December 15, 2014

coretan mahalan (murahan?- mahalan)

assalamualaikum~

Alhamdulilah, saya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan bagi saya dalam peperiksaan UPSR(kenalah buat ayat sket....nanti kalau beritahu terus, orang kata menunjuk plak...) iaitu 5A. Semua tu rezeki daripadaNYA.

Mula-mula takut jugak sebab kertas math tak sempat nak kira sampai habis. Huishhhh......takut kot... pengawas yang jaga tu kata masa menjawab tinggal lagi 20 ke 15 minit camtu,saya baru jawab soalan 20 lebih.nak kira kat kertas pun tulisan jadi macam robot sebab tangan menggeletar. Bukan tangan saja, habis satu badan menggeletar. banyak jugak soalan yang tak sempat jawab. pastu hentam je lah. Jawab ikut kata hati je. nasib baik hitamkan jugak jawapan, kalau tak, langsung tak dapat markah.

Lepas keluar dewan periksa rasa takut gila. Dalam hati asyik cakap "aduh, camne ni...6 tahun belajar. Kalau tak dapat 5A camne ni...". Rasa macam nak nangis pon ada jugak. Tanya kat kawan-kawan, ramai jugak kata yang diorang pon banyak hentam. Legalah sikit hati...

Beberapa minggu lepas tu, dah tenang, mula terfikir " pasrah je lah kat keputusan UPSR. Aku dah cuba yang terbaik. Sekurang-kurangnya, aku dah berusaha."(Amboiii ayatttt....bukan main...jangan percaya dengan kata-kata tadi kerana ayat tersebut telah di'edit' oleh tuan blog ini.) Hoho...

Sehari sebelum keputusan keluar, saya tak rasa apa pun...sebab malas nak fikir,buat apa. buat rasa takut je....ceh,pemalas punya orang.Mak, kakak-kakak dan ayah saya asyik tanya soalan "Jidah tak takut ke? Heeee...". Mana tak takut, UPSR kot....

Beberapa jam sebelum dapat keputusan, mula rasa takut. Sampai kat sekolah sempat lagi diorang(kawan-kawan perempuan saya) berselfie. Diorang ni tak rasa apa ke? mentang-mentang handphone canggih, asyik selfie je...Keputusan nak keluar nanti kot..takkan tak rasa apa-apa kot..

Masa nak dapat keputusan, guru kelas saya panggil nama sorang-sorang datang kat depan ambik keputusan. Tiba-tiba teacher sains saya datang kat saya salam dan kata tahniah. Otak saya jadi kosong jap. "Betul ke ni?" saya cakap dalam hati. Akhirnya.....guru kelas saya pun panggil nama saya kat depan. saya pun pergilah ambik keputusannn....





























WWWWAAAAAAUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MMacam tak percaya. Saya dapat 5A. saya rasa gembira sangat.Saya berterima kasih kepada semua guru saya kerana mengajar saya. Tak kisahlah mengajar sekejap ke, lama ke, asal nama mengajar.Dan saya berharap saya dapat menghiburkan  hati anda semua (apa kena mengena?Minah ni la...)

p/s: ini adalah cerita benar yang biasa tetapi telah dikarang menjadi cerita lebih bosan dari cerita asal. Jangan marah aeee.....

sekian, babai
 Assalamualaikum~

Wednesday, October 22, 2014

PROJEK:IDEA MENGHIAS BILIK TEMA 'PINK'

Assalamualaikum~
Seperti tajuk yang diatas,jidah ingat nak kongsikan serba sedikit idea untuk menghias bilik tidur ataupun apa-apa bilik jelah...

Kalau korang ni jenis yang ceria, tema kaler pink ni memang sangat sesuai. Apa salahnya nak hias bilik tidur kaler pink. Mungkin ada sesetengah yang kata bilik kaler pink nampak macam gedik. Tapi takpelah....Biar kita selesa...

1.HELLO KITTY
paling senang....hello kitty kan ade....meh,meh, tengok gambar sikit
                                                  Haa....cantik kan?

Tapi...takkanlah sebab nak hias bilik je, sampai beli almari baru....agak-agaklah lah kan. Korang boleh gak beli sticker yang banyak dijual kat kedai2 berdekatan rumah korang. Ataupun, korang print je gambar dari internet, pastu tampal la kat bilik korang.

2.BUNGA
Yang ni lagilah simple....Nah, tengok gambar kat bawah....
                                      Nampak relax je.....cantik lak tu...
Kalau korang ni kreatif, korang boleh lukis kat kertas...and tampal. Senang jek...


Oklah.....diharap korang dapat idea nak hias bilik. Bai. Assalamualaikum dan jumpa lagi.
ASSALAMUALAIKUM~

Dah lama tak update blog ni....pejam,celik,pejam,celik tak sanka tahun ni diriku sudah darjah 6....dah bersawang dah blog ni....rindunya dengan blog ni. Buat kesekian kalinya saya lupa pasal blog ni. UPSR dah habis, dan saya kena ulang UPSR lagi pilunya hatiku ini. Tapi takpe. Perkara yang dah lepas, biarkan lepas, sekarang biar kita pandng ke depan pulak.

sepertimana yang saya cakap,UPSR dah habis (YAHUUUU!!YABEDABEDU!).jadi kali ni saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya ketika mengikuti lawatan sambil belajar ke:Melaka,Putrajaya serta Kuala Lumpur. Apa yang menarik? Jangan tanya lagi....cerita pun tak habis lagi, camne nak tau. Ok lah, ok lah. Apa yang menarik ketika saya pergi lawatan tersebut ialah:

1.Dapat melawat tempat yang menarik
Diatas ialah perkara normal, atau jawapan yang biasa kita dengar kalau tanya pasal lawatan.empat yang saya lawati ialah Bandar Hilir, Perigi Hnag Tuah, Menara Taming Sari dan macam2 lagilah sebernanya tak ingat nama tempat tu....Best oooooooreoooooo....sila jeles.

2.Dapat bersama kawan-kawan
Masa pergi lawatan ni lah kita dapat bersama kawan2 dan dapat mencatat kenangan indah bersama kawan2 yang kita kenal kat sekolah ni.

3.Kenangan sebelum tamat sekolah
Tahun depan saya dah tingkatan 1. Takkanlah nak pergi belajar katsekolah rendah lagi? Mestilah TAK kan. So, sebelum pergi, tinggalakan kawan2, tinggalkan cikgu2 mestilah kena ada kenangan....

ok.....tu jelah coretan saya kali ni....gambar takde lagi sebab tak pindah lagi dari kamera ke laptop...takpelah, nanti bila dah pindah gambar, saya letak kat blog ni k....bai...

Assalamualaikum~

Wednesday, November 20, 2013

setelah 3 tahun...

3 tahun blog ini hilang, tak boleh buka blog ini, password hilang... tiba-tiba pada hari ulang tahun sajidah ke 11 blog ini dijumpai semula, tanpa disedari.
yeah... kita berblog semula...

Thursday, July 15, 2010

Yeah!!!

Yeah saya dapat jugak hadiah untuk Hari Kecermelangan Akedemik.Saya dapat hadiah nombor 7 dengan mata perlajaran terbaik sains.Pandai tak saya dapat sains paling tinggi??

Pastu karah dapat no.4.Saya kena buat Dikir Barat pastu karah kena buat Bahasa Bermadah.Syok..Hari-hari saya kena balik lambat seab prektis.

Hari tu saya dah buat dah Dikir Barat masa hari guru..

Sunday, July 11, 2010

Saya dah balik

Saya dah balik.Saya nak cerita sebenarnya saya dah masuk darjah 2.Saya masuk kelas first tau!Saya dapat no.7 dalam periksa pertengahan tahun.Syok...


Tapi,saya tak dapat hadiaah.Sebab saya apat no.7 dalam kelas tapi dapat no.20 dalam aliran.Mak dengan Ayah kata mesti budak kelas lai pandai lagi.Eeeee...Geram!!

Kakak dengan Karah pulak gelakkan saya.Mentang-mentanglah Karah dapat no.4,nak buat berlagak pulak!Kakak tu lagi teruk.Tak dapat nombor.Macam mana tu?
Pastu saya merentas desa haritu dapat nombor 6.Karah tak dapat nombor apa-apa sebab ada orang tolak dia sampai jatuh pastu kaki dia berdarah banyak.Kesian kat karah.