Saturday, May 24, 2008

jidah pandai nyanyi

siapa yang kata jidah tak pandai menyanyi?? siapa?? jidah pandai nyanyi banyak lagu... lagu kanak-kanak, lagu nasyid.. semua jidah boleh menynyi.... jidah suka nyanyi lagu rama-rama, nabi yusof, rukun iman dan banyak lagi. kalau tak percaya, cuba tengok video ni. masa ni, jidah baru pandai menyanyi...



p/s: sekarang ni, kakak sofiah nak upload banyak lagi video jidah tengah menyanyi dekat youtube. sedap tak suara jidah??

Friday, May 23, 2008

cuti sekolah

cuti sekolah dah tiba.... ye ! ye! ye! Mak kata cuti ni lama. Bestlah tak payah bangun awal-awal. Boleh tengok TV dan main lama-lama. Tapi tak boleh pergi mana-mana. Ayah kena kerja juga. Cuti bulan Mei tahun lepas kami pergi Mekah. Cuti bulan Desember kami pergi Thailand. Cuti bulan Mac tahun ni kami pergi Terengganu. Masa pergi Thailand, Karah takut, dia tak mahu makan apa-apa pun. Cuma dapat beli comforter satu set hadiah dari ayah. Jidah beli anak patung barbie. kakak pula beli beg sandang. Bila pergi Perlis baru dia seronok sebab dapat tidur kat hotel dan mandi kolam
.
Di Airport -Bangkok

Tuesday, May 20, 2008

rindu


Dah hampir setahun kami sekeluarga pergi menunaikan ibadah umrah. Rindu sangat kat masjidil-haram. Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa tak sabar-sabar nak pergi lagi....
Mak dukung Jidah dalam masjidil haram selepas Solat Zuhur. Sebab tu tak ramai orang tawaf sebab panas.



Jidah naik unta dengan ayah dekat Jabal Rahmah Padang Arafah


Jidah bersama ayah dan emak di depan masjid nabawi, Madinah





















Monday, May 19, 2008

anak patung barbie

yay!! jidah dapat patung barbie sebagai hadiah ayah balik daripada kursus. ayah beli patung ini khas buat jidah. kakak-kakak jidah tak dapat pun, cuma jidah sahaja yang lebih-lebih. hi,hi,hi,hi. ha,ha,ha,ha,ha. barbi yang ayah bagi tu cantik macam jidah tau... ha ha ha ha ha ha ha ha

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru


Jidah ucapkan selamat Hari guru kepada semua orang yang jadi cikgu, termasuklah kepada ayah yang dikasihi dan emak yang disayangi.

Pagi ni Jidah bangun awal dan bersemangat nak ke sekolah. Pertang semalam mak dah belikan satu kek (1 kg) yang cantik. Berbentuk 4 segi dan tulis Selamat Hari Guru. Pagi ni Jidah bawa kek dan hadiah-hadiah yang nak diberikan kepada Cikgu di tadika. Bestnya......
Saya juga ada sukan hari ni. Saya menang lumba lari. Dapat hadiah bkas air , cantiknya ada gambar mickey mouse. Yeee...

Wednesday, May 14, 2008

hadiah


malam tadi kakak bagi saya hadiah botol air. cantik ! ada gambar barbie yang boleh bertukar gambar. Sebenarnya kakak bagi hadiah bitrhday kat karah, tapi dia bagi juga kat saya satu, sebab takut saya cemburu. Dapat hadiah tu, saya terus gembira dan tak merajuk lagi.... Dapatlah tidur dengan lena. pagi ni saya bangun dengan segar dan gembira pergi sekolah.

merajuk


ni... jidah tengah merajuk kat mak ni.....

mak selalu salahkan jidah

mak tuduh jidah makan aiskrim, pada hal orang lain

uwaaaaaaaa

hadiah hari guru


malam ni mak saya sebok sangat bungkus & balut hadiah untuk hari guru. Sekolah Jidah (IEJ) nak sambut hari guru pada hari Jummat ni. Maklumlah ramai cikgu kita. Cikgu kakak-kakak di sekolah dah 5 + 11 orang, dekat mengaji ada 11 orang. Cikgu Jidah pula ada 10 orang. Emak sendiri jadi cikgu, jadi dia benar-benar amat menghargai guru kepada anak-anaknya. Malah mak selalu kata, cikgu sangat gembira apabila menerima hadiah dari muridnya-murudnya, walau pun murah. Sebab itu mak mahu cikgu-cikgu kita semua pun gembira.

kakak bagi hadiah tuala dalam tupperware, karah bagi tuala dan kipas, Jidah bagi tuala, kipas dan bunga......

Tuesday, May 13, 2008

ayah


Ini ayah saya

Namanya Dr. Sajap bin Maswan.

Dia mengajar di IPTB

Sekarang dia pergi kursus di Pulau Pangkor

hensom tak dia ? Tu... dok termenung ingat apalah tu....?

kakak-kakak saya




saya ada dua orang kakak


pertama : Sofiah, tahun 6, umur 12 tahun


kedua : Sarah, tahun 4, umur 10 tahun


saya sayang kakak-kakak saya


Siapa lebih comel, saya atau kakak-kakak saya ?

Birthday Karah


Hari ni 14 Mei birthday Karah, kakak saya yang ke dua

"hepe behdey"

hendaknya Karah sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,

dimurahkan rezeki dan menjadi seorang yang sangat pemurah